Thursday, November 12, 2009

Walimatul Urus.

Assalamu'alaikum.


“Kahwinkanlah orang yang sendirian antara kamu. Sesungguhnya Allah akan memperbaiki akhlak mereka, meluaskan rezeki mereka dan menambahkan keluhuran mereka.”
(Maksud Hadith)


*****

Dengan segala hormat dipersilakan rakan taulan untuk sama-sama meraikan pernikahan:

Muhamad Syahrul Fitri Zawawi
dan
Rahimah Abdul Rahman


pada
15 Januari 2010
di Lot 1031, Kg. Buloh Poh, 16450 Ketereh, Kota Bharu, Kelantan.

di Lot 357, Kg. Semut Api, Jalan Perdana Resort, 15350 Kota Bharu, Kelantan.

 Diharapkan semoga dengan kehadiran semua akan memeriahkan dan menambah-berkatkan majlis kesyukuran ini, insyaAllah.

*****

“Bukan termasuk golonganku orang yang merasa khuatir akan terkongkong hidupnya kerana menikah, kemudian tidak menikah.”
(Riwayat At-Tabrani)



+ Syahr  musafir_msfz@yahoo.com
+ Emah mujahadah87@yahoo.com

Thursday, October 29, 2009

Walimah 1: 15 Januari 2010.

Assalamu'alaikum.
Dengan segala hormat dipersilakan rakan taulan untuk sama-sama memeriahkan majlis kesyukuran atas pernikahan kami di kediaman keluarga Puan Dawiyah untuk walimatul urus bagi pihak pengantin perempuan.



 

 


Untuk lanjutan, hubungi:
+ Syahr (0109113995)
+ Emah (+60136298081)

Peta lokasi walimah dari lapangan terbang:

View Larger Map

Wednesday, October 28, 2009

Walimah 2: 17 Januari 2010.

Assalamu'alaikum.
Dengan segala hormat dipersilakan rakan taulan untuk sama-sama memeriahkan majlis kesyukuran atas pernikahan kami di kediaman keluarga Haji Zawawi dan Puan Fatimah @ Salmah untuk majlis menyambut menantu.



 

 

Untuk lanjutan, hubungi:
+ Syahr (0109113995)
+ Emah (+60136298081)
+ Ayah Wi (+60129672582)
+ Ummi/Teh (+60139333551)

Peta lokasi walimah dari lapangan terbang:

View Larger Map

Tuesday, October 27, 2009

Harapan Bait Al-FitRah..


Nun menghijau daun berterbangan..
Langit membiru ,burung berkejaran..
angin bertiup ,halus kedengaran..
tenang di hati,indah di pandangan..
Itulah Dia ,Maha Kuasa Tuhan..
Segala dariNya mendatangkan ketenangan..

Sesungguhnya Dunia ini hanya pinjaman..
hanya pentas lakonan..
Sedarlah wahai insan..
Setiap apa yang berlaku di dunia ini hanya Dia yg tentukan..
Ajal,maut ,itu semua di tangan Tuhan..
Juga jodoh pertemuan..Dia yang tentukan..
kita hanya mampu membuat perancangan..

Berdoalah wahai Insan..
kerana Doa itu senjata orang beriman..
Kerana itu,kutetapkan pendirian..
Kuteruskan Doa,kuyakini keputusan..
Kerana kuyakin dan percaya di sana kankutemui kebahagiaan..
Agar mimipi syurgaku menjadi kenyataan..
bersama insan2 tersayang bersamaku, dan kupasti aku bukan keseorangan
Ya Allah,ya Rabbi permudahkanlah segala urusan..
agar bait Al-FitRah ini lahir dalam keberkatan..
Jua dalam keredhaan..mekar dalam perjuangan

Bait Al-FitRah..Satu harapan..
Istikhorahku memberikanku keyakinan..
Lahirnya keluarga FitRah..dalam fitrah semulajadi dua insan..
yang hanya mengharapkan keredhaan,keberkatanMu..Ya Tuhan..
Keluarga FitRah,bukan sekadar harapan..
Malah satu usaha dalam menyempurnakan IMAN..
Kerana itu,Jalan ini menjadi Pilihan..
Semoga Diperkenankan..AMIN..

Monday, October 26, 2009

Majlis Pertunangan.



- Telah diadakan pada 8 Februari 2008  bersamaan 1 Safar 1429H
- Dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak

Medan memberi dan menerima..

Salam..

Musim cuti sekolah bakal tiba tidak lama lagi.Seperti lazimnya,kad-kad kenduri perkahwinan banyak diterima,juga mesej-mesej daripada beberapa sahabat2ku yang bakal menikah.Tahniah buat mereka semua..Alhamdulillah,sememangnya jalan ini (perkahwinan)merupakan sunnah Rasulullah S.A.W.


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Apabila seorang hamba telah berkahwin ia telah menyempurnakan setengah dari
agamanya maka hendaklah ia bertakwa untuk yang setengah lagi”

[HR Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab, dinilai “Hasan” dalam Sahih Al-Jami’]

Tatkala mendengar perkataan "perkahwinan",majoriti dalam kalangan kita memikirkan yang indah2,semestinya kebahagian yang berkekalan yang diimpikan.Namun,sedarkah kita bahawa perkahwinan merupakan satu medan mujahadah.Mana mungkin dua insan yang berlainan jiwa,fizikal,mungkin prinsip juga emosi akan sentiasa hidup bahagia bersama melalui satu ikatan suci iaitu perkahwinan tanpa mujahadah.

Pemikiran waras kita pasti berfikir...berfikir tentang sunnah yang satu ini..Di sebalik perkahwinan itu,tersingkap seribu rahsia.. dan hanya yang sudah menikah sahaja yang dapat merasa..dan diantaranya,sifat mujahadah itu sangat diperlukan..
sangat2 diperlukan seiring dengan nilai toleransi yang tinggi,dan yang paling penting nilai agama..suburkankan bait Al-Muslim setiap antara kita dengan ilmu juga amal yang soleh..sememangnya perkahwinan juga membawa kita ke arah menyempurnakan IMAN..InsyaAllah..sesungguhnya diriku juga dalam usaha menyempurnakan iman kerana
medan memberi dan menerimaku sudah semakin hampir..

Dengan kalimah "Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" bersama ini dengan segala hormatnya dijemput sahabat2,rakan taulanku semua bagi menghadiri majlis perkahwinanku,detailnya boleh rujuk pada entri tentang walimah..

Akhir kalam, kuselitkan 2 rangkap pantun di bawah, agar pembaca entri ini mampu bersedekah di hujung kalam..kenapa bersedekah??kerana senyuman itukan salah satu bentuk sedekah..~~

Dalam usaha menyempurnakan Iman
Lahirlah blog Keluarga FitRah
Jemputlah datang ke majlis perkahwinan
antara syahrul Fitri & juga Rahimah


keluarga FitRah satu harapan
lahir fitrah dari dua insan
Kunjungan sahabat2 amat dinanti2kan
Agar majlis bertambah keberkatan...AMIN

Sunday, October 25, 2009

Niat untuk suatu ikatan pernikahan.


Saya mendirikan rumahtangga pada 27.7.1985 semasa menuntut di Australia. Ketika itu umur belum mencecah 20 tahun (lahir 6.11.1965). Sebagai mahasiswa tahun ke 2 di Fakulti Kejuruteraan, University of Queensland, Brisbane, berkahwin ketika belajar dalam usia masih muda pula menuntut satu keputusan yang besar, dalam kematangan yang tak seberapa. Isteri, Fariza Ibrahim, berasal dari Pulau Pinang adalah penuntut Tahun 1, Fakulti Sains di Queensland University of Technology, Brisbane tiada masalah dalam menerima pinangan yang dibuat melalui sepasang seniors masing-masing kebetulan yang menuntut di fakulti yang sama pula. Hanya sebulan selepas pinangan diterima, majlis Walimah dijayakan di Mount Gravatt Mosque, Nursery Road, Holland Park, Brisbane sebagai menyahut saranan Syeikh Sayyid Qandil dari Canberra dimana katanya orang-orang Kristian berkahwin di gereja, sedang ramai pasangan Islam berkahwin di rumah, padahal kita lebih awla (patut) berkahwin di rumah ibadat (masjid) dari mereka. Mungkin ia diantara perkahwinan paling murah kosnya yang pernah saya dengar, hanya AUD20 (~RM50) sebagai Mas Kahwin, sedang kekawan berlumba menghulur untuk belanja Walimah. Keluarga wanita pula tidak menyebut sebarang Wang Hantaran. Saya kira keberkatan rumahtangga yang terasa hingga ke hari ini adalah disebabkan minimanya Mas Kahwin, mudahnya urusan seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Namun disana ada satu faktor lain yang memberkati sebuah perkahwinan. Ia adalah niat berkahwin. Walaupun dalam usia masih muda, tetapi niat ketika itu bukan sahaja untuk menjaga diri hidup di tengah-tengah masyarakat Barat yang permissive (boleh apa sahaja) tetapi menjangkau kepada harapan dengan perkahwinan nanti, saya lebih memahami Dakwah ini dalam suasana yang lebih matang, jauh dari tekanan hidup sebagai seorang bujang di perantauan. Ya, niat kerana Dakwah, bukan kerana selainnya. Begitulah yang difahami di dalam perbincangan usrah tentang Hadis Pertama dari Hadis 40. Selain bernazar jika berjaya pernikahan, saya akan berpuasa 30 hari, tekad anak muda ini ialah bekerja lebih keras untuk Dakwah ini hingga akan berulangalik ke Toowoomba, 90km dari Brisbane, berdakwah kepada pelajar-pelajar baru yang dihantar di sana. Tekad awal seumpama ini atau hampir dengannya ada disebut oleh Syeikh Ahmad Ar-Rashid (penulis Al-Muntalaq) dalam tajuk “Al-Azm Al-Mubakkir” (Berazam Dari Awal) dengan mambawa contoh azam Warqah bin Naufal, sepupu Khadijah ra, kepada Rasulullah saw, “Sekiranya aku masih hidup dihari engkau dihalau oleh kaummu, aku akan menolongmu dengan pertolongan yang sekuat-kuatnya”.

Memang azam dari awal merupakan salah satu bekalan Dakwah yang besar terutama untuk para Duat. Kesannya terhadap keikhlasan, kesungguhan, ketabahan, pengorbanan di jalan Dakwah, ikatan hati terhadap isteri dan anak-anak dapat dirasai walau panjang masa berlalu. Kesannya Niat yang sahih lagi ikhlas bukan sahaja terasa mengalir di dalam diri bahkan di dalam diri zuriat yang kita kasihi walau dekad berganti dekad.


Kepada para mahasiswa sekelian yang saya pernah seperti mereka suatu masa dahulu, juga sesiapa sahaja yang sedang berada diambang perkahwinan, aturilah niatmu dari sekarang, demi masadepanmu yang masih panjang. Sekian.


Profil Syahrul Fitri.

Muhamad Syahrul Fitri Zawawi
+ Dilahirkan pada 27 Mei 1987 di HUSM, Kubang Kerian
+ Anak pertama (daripada 2 orang) Tn Hj Zawawi Derahman dan Puan Fatimah Mat Noor
+ Sejarah pendidikan:
  • (1994 - 1999) - Sek Keb Semut Api [Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan]
  • (2000 - 2004) - Sek Men Sains Machang [Labok, Machang, Kelantan]
  • (Mei 2005 - Jun 2005) - Kolej Matrikulasi Johor [Tangkak, Johor]
  • (Jun 2005 - Dis 2006) - International Education Centre (INTEC), UiTM Shah Alam [Seksyen 17, Shah Alam, Selangor]
  • (Feb 2007 - sekarang) - The University of Adelaide, South Australia [Australia]
+ Mempunyai minat mendalam dalam bidang pendidikan, namun kini menuntut dalam bidang Bioteknologi yang memerlukan minat dan kemahiran dalam pengendalian makmal sains dan teknologi.
+ Lebih dikenali dengan panggilan Syahr/Shah, berhajat meneruskan pengajian dalam bidang Ilmu al-Qur'an dan Hadith di Bumi Anbiya' suatu masa nanti.
+ Mengisi masa dengan berkarya dan menulis. Blog: http://notamusafir.blogspot.com/


Profil Rahimah.

Rahimah binti Abdul Rahman
+ Dilahirkan pada 12 Julai 1987 di Kampung Buloh Poh, Ketereh, Kelantan.
+ Anak ke 5 daripada 7 orang adik beradik
+ Latar belakang pendidikan:
      • (1994-1999) Sekolah Kebangsaan Buloh Poh, Ketereh, KB Kelantan
      • (2000-2004) Sekolah Menengah Sains Machang, Labok, Kelantan.
      • (2005-2006) Kolej Matrikulasi Melaka, Melaka Bandaraya Bersejarah
      • (Julai 2006-Julai 2009)Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.
      • (15 Ogos 2009) Konvokesyen Ijazah Sarjana Muda Sains (Bioinformatik) di Universiti Malaya


      + Pengalaman kerja dan lain-lain:
          • Pernah bertugas sebagai seorang guru ganti di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya, Selangor selama 2 bulan.
          • Mepunyai minat mendalam dalam bidang pendidikan, sukakan kanak-kanak.
          • Ijazah pertama dalam bidang Bioinformatik, satu pengkhususan yang melibatkan aplikasi biologi dalam konteks IT atau komputer yang memerlukan banyak masa dalam 'dry lab'; Dalam proses untuk menyambung pelajaran dalam bidang  pendidikan, InsyaAllah.
          • Biasa dipanggil Rahimah/Emah/Imah.Suka bermonolog, berkarya juga memerhati gelagat manusia. Semua tertulis di blog http://fisabilillahforce.blogspot.com

          Friday, October 23, 2009

          Langkah Bermula.

          Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.